Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Manusia Kejam

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Pegawai polis memeriksa mayat-mayat lelaki di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong, Thailand Selatan, semalam. Serangan mengejut oleh lelaki bersenjata itu mengorbankan 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. -foto AF


BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah Cho I rong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya. (Sumber BERNAMA/dll 2MA)


.........................................................................................................

Tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Orang tak berdosa yang sedang menghadap Tuhan pun sanggup dibunuhnya, memang tak berhati perut. Kejam gila...
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB