Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Sebab Kenapa Homework Tak Siap

Masa peringkat kanak-kanak dulu saya dan kakak memang nakal. Mak kata jangan keluar duduk rumah, tapi kami keluar juga senyap-senyap lepas balik sekolah huhuh. Masa tu memang seronok gila sebab ada geng, dan kakak aku bertindak sebagai ketua berkongsi kuasa dengan ketua-ketua lain yang sebaya dengan dia. Kami yang muda-muda bertindak sebagai pengikut. Aktiviti kami lepas sekolah, main galah panjang, baling selipar, main nenek tua si bongkok 3, main layang-layang, main guli, lumba basikal dan paling best sekali rollerblade hehe. Tapi rollerblade tu bukan semua ada, kitorang main kongsi-kongsi jer sorang sebelah 10 minit. Bagus kan pembahagian masa kami. Tau takpe.

Balik bermain bersiap pergi mengaji. Jalan nak ke tempat mengaji tu ada 2 jalan, satu jalan short-cut yang kene turun bukit dan bila malam memang sangat gelap tak nampak apa jalan tu, lagi satu jalan long yang tak cut yang kene lalu surau lama. Jadi masa nak pergi mengaji memang kami akan lalu jalan short-cut tuh. Selalunya kitorang akan berjanji nak pergi sesama. Masa nak balik mengaji kami akan tunggu sampai semua orang habis baru akan balik beramai-ramai dan sambil menunggu tuh memana yang dah abes tu akan main game polis entry atau lubang kancil ke apa nama dia entah. Kalau habis lambat kitorang akan lalu jalan long yang tak cut yang kena lalu surau lama, dan bila lalu situ individu yang bertindak sebagai ketua akan mula lah buka cerita hantu nak menakutkan kami. Cerita pasal dia pernah nampak benda lah ape lah, bila memasing takut semua akan bertempiaran lari balik rumah hahah.

Bila sampai rumah saya yang kepenatan dengan aktiviti satu hari yang sibuk akan terus tidur. Ya, bila masa pulak saya buat kerja sekolah ek? Ouh memang tak buat lah hohoh. Tsk kat sekolah besok mesti kena marah dengan cikgu. Adeh.


Sekarang nih dalam geng tuh ada yang dah jadi kapten, ada yang dah jadi technician, ada yang bakal guru, ada yang dah binik orang huhuh. Sangat rindu zaman kita dulu...

 
Bukan Aishwarya Rai | TNB