Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Cryptography


H AZQT RSZQS AZBZ CDBDOSHNM ONHMS.

NM SGD VZX SN AD Z ANNJ VNQL. GD





*Ada siapa-siapa faham tak?:D

.....Lagu Hari Ahad



Jom sambil sambil layan lagu hehe.
Lagu Sheila On 7, Alasanku :D

.....Pacik Rapid Yang Garang

Tahu tak apa yang paling seronok?
Bila berpenat lelah menaiki pengangkutan awam dan tiba di rumah dah tersedia makanan untuk perut yang tengah lapar nih.

Betullah bak kata pepatah tu, Rumahku Syurgaku..
Lalala malam ni boleh tengok Nur Kasih dengan selesa ditemani kaum keluarga tersayang..erm sangat heaven.

p/s: Kakak saya tengah bercuti dari latihan tentera dia selama seminggu sebab ada kes H1N1 kat kem dia. Cukup dah column hehe.

.....Apa Yang Baru?

Manusia boleh berubah, tapi hanya dirinya sendiri sahaja yang boleh mengubahnya bukan orang lain. Kalau bercinta jangan harapkan pasangan kita berubah, tapi kita lah yang kena sesuaikan diri kita dengannya, dengan maksud lain kita yang ubah diri kita untuknya. Kalau tak sanggup berubah maka jangan harung ombak tu kan.

Bila hendak melakukan perubahan, biarlah perubahan tu ke arah yang lebih baik bukan ke arah yang lebih negatif supaya nanti kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik. Terima perubahan diri dengan positif, itu kuncinya.

Kalau difikirkan benda yang sama kita buat setiap hari, macam tiada perubahan tapi kita dah mula memikirkan untuk melakukan perubahan, jadi kenapa tak ambil jer risiko tu kan. Bukan orang lain yang boleh ubah bagaimana kita esok, hanya diri kita saja yang boleh tentukan siapa kita kelak.

.....Seminggu

Diam bukan bermakna kita marah
Diam mungkin kerana ligat berfikir

Kata cikgu diam-diam ubi berisi
Berisi tu mendalam kan maksudnya

Bising tak bermakna kita marah
Tapi bising itu mungkin akan mengganggu yang lain

Kan lebih baik bersikap diam dan tenang
Banyak lagi cara lain kalau hendak menelampiaskan amarah
Kan?

.....Mimpi Akan Dia

Ouh hari nih saya nak tulis pasal mimpi. Ada orang kata kalau mimpi ular patuk kita, itu tandanya ada orang nak datang meminang. Tapi tak pernah pulak mimpi kena patuk ular, mimpi kena kejar ada lah huhuh.

Ada pulak orang yang kata kalau mimpi waktu subuh, mimpi tu selalunya tak akan jadi kenyataan dan kalau mimpi tengah malam selalunya mimpi tu satu petanda. Saya pun nih dengar-dengar cerita orang jer he.

Korang nak tahu apa saya mimpi tengah malam tadi? Tanak ke? Takpelah nak cerita jugak hehe. Eh bukan mimpi nak kawen belum lagi mimpi macam tu. Saya mimpi saya update blog nih. Tengok sekarang saya dah update. Betul lah kan mimpi malam tadi nih he.

.....Aku Cinta Dia



Hah ni kenapa pulak letak lagu Broken lak ni kan. Saya broken hearted ke? Ouh tidak tidak hohoh. Suka layan gak lagu nih kadang-kadang walaupun bukan tengah sedih, ouh tapi kalau dilayan ketika sedih pun masyuk juga hohoh.

Semalam tengah syok-syok kekenyangan lepas makan malam tiba-tiba macam nak ada cerita hantu berputar kat TV3 hohoh. Tengah teruja nak tengok ouh keliwon rupanya, pastu mak yang tengah main game kat pc belakang meja makan suruh buka TV1, mak nak dengar Forum Perdana huhuh. Takpe nasib baik bukan cerita Nur Kasih hohoh.

Tajuk forum malam tadi tak ingat tapi berkaitan dengan bercinta sebelum kahwin. Eh ke itu ya tajuk dia? Bercinta sebelum kahwin ni ada yang membawa ke arah positif dan ada yang membawa ke arah negatif. Nih ustaz tu lah cakap hohoh. Yang positif contohnya pasangan yang bercinta tapi juga bersaing dalam pelajaran, pasangan masing-masing bagi semangat untuk mereka berjaya dalam pelajaran.

Kalau yang negatif tu paham-paham lah ya, saya suka cerita yang positif jer hahah. Beberapa hari lepas tersinggah di blog antamuslim bercerita pasal cinta hanya selepas akad. Tulisan yang banyak menyedarkan saya sendiri sebenarnya. Dan baru baru nih terbaca entri di blog Sarah al-Idrus, dia sebarkan sebuah nasihat dari seorang sahabatnya.

Lepas tu pagi tadi, dalam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3. Eh dah tengahari da pun hohoh silap. Hari nih dorang berbincang pasal "Suami hilang selera pada pasangan" ke isteri tak pasti lah tapi macam tu lah lebih kurang tajuk dia. Lepas tu kan ustaz yang jadi panel jemputan tu ada cakap satu isi nih yang saya teringin nak highlight, isi dia lebih kurang camni lah:

Terdapat segelintir pasangan yang dah berkahwin rasa perkahwinan mereka hambar tak macam masa mereka bercinta sebelum kahwin dulu sebab syaitan dah takde nak ganggu dorang. Sebelum kahwin syaitan tuh ada masa mereka bercinta jadi nikmat tu terasa macam hilang bila dah berkahwin.

Jadi bila beberapa hari nih tah kenapa asyik terjumpa topik cerita yang agak berkaitan, terfikir mungkin ada hikmahnya kenapa saya tersinggah membaca topik berkenaan. Maka, terasa nak kongsi dengan anda yang membaca blog saya nih hohoh. Blog yang tak seberapa menarik nih. Kepada yang sedang bercinta, saya doakan anda cepat-cepat ke jinjang pelamin dan kepada yang ingin bercinta, tetapkan niat kita bercinta kerana Allah. Salam.

.....Istimewa Buat Si Dia

Hari nih nak intro sket kat korang chalet atas air hehe. Saya pun tak tahu apa kaitan tajuk dengan entri nih, anda carilah sendiri ya perkaitan tajuk dan entri nih he. Hotel Legend nih bersebelahan dengan Hotel Glory Beach Resort (entri iklan percutian sebelum nih). Jadi mereka nih berjiran dan kalau sesapa rasa-rasa nak test duduk, eh macam boleh lak test-test hohoh.. Okay sesapa yang nak sewa bilik nih atau ada pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor kat sebelah kanan blog nih yang saya letak bawah menu Iklan Seket Hehe tu. Boleh tanya berkaitan harga, kelengkapan semua-semua (kalau nak tanya anak dara dia masih available ke tak pun boleh he). Jadi jadi korang sila-sila lah melayan gambar-gambar di bawah ni ya he.


Memasuk jer ini yang kami jumpa



Ada jakuzi woh woh



Sudut tingkap dia comel huhuh.
Tapi gambar nih buruk salahkan kamera i.




Ada almari ajaib yang kalau dibuka akan jumpa peti ajaib
lalala~




Pandangan dari balkoni bila toleh ke sebelah kiri.



Pandangan dari balkoni bila ditoleh ke sebelah kanan.



Kaki nih tak akan disertakan sekali dalam pakej nih.



Eh eh sebelum terlupa sekian terima kasih...lalala
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB