Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Aku Cinta Dia



Hah ni kenapa pulak letak lagu Broken lak ni kan. Saya broken hearted ke? Ouh tidak tidak hohoh. Suka layan gak lagu nih kadang-kadang walaupun bukan tengah sedih, ouh tapi kalau dilayan ketika sedih pun masyuk juga hohoh.

Semalam tengah syok-syok kekenyangan lepas makan malam tiba-tiba macam nak ada cerita hantu berputar kat TV3 hohoh. Tengah teruja nak tengok ouh keliwon rupanya, pastu mak yang tengah main game kat pc belakang meja makan suruh buka TV1, mak nak dengar Forum Perdana huhuh. Takpe nasib baik bukan cerita Nur Kasih hohoh.

Tajuk forum malam tadi tak ingat tapi berkaitan dengan bercinta sebelum kahwin. Eh ke itu ya tajuk dia? Bercinta sebelum kahwin ni ada yang membawa ke arah positif dan ada yang membawa ke arah negatif. Nih ustaz tu lah cakap hohoh. Yang positif contohnya pasangan yang bercinta tapi juga bersaing dalam pelajaran, pasangan masing-masing bagi semangat untuk mereka berjaya dalam pelajaran.

Kalau yang negatif tu paham-paham lah ya, saya suka cerita yang positif jer hahah. Beberapa hari lepas tersinggah di blog antamuslim bercerita pasal cinta hanya selepas akad. Tulisan yang banyak menyedarkan saya sendiri sebenarnya. Dan baru baru nih terbaca entri di blog Sarah al-Idrus, dia sebarkan sebuah nasihat dari seorang sahabatnya.

Lepas tu pagi tadi, dalam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3. Eh dah tengahari da pun hohoh silap. Hari nih dorang berbincang pasal "Suami hilang selera pada pasangan" ke isteri tak pasti lah tapi macam tu lah lebih kurang tajuk dia. Lepas tu kan ustaz yang jadi panel jemputan tu ada cakap satu isi nih yang saya teringin nak highlight, isi dia lebih kurang camni lah:

Terdapat segelintir pasangan yang dah berkahwin rasa perkahwinan mereka hambar tak macam masa mereka bercinta sebelum kahwin dulu sebab syaitan dah takde nak ganggu dorang. Sebelum kahwin syaitan tuh ada masa mereka bercinta jadi nikmat tu terasa macam hilang bila dah berkahwin.

Jadi bila beberapa hari nih tah kenapa asyik terjumpa topik cerita yang agak berkaitan, terfikir mungkin ada hikmahnya kenapa saya tersinggah membaca topik berkenaan. Maka, terasa nak kongsi dengan anda yang membaca blog saya nih hohoh. Blog yang tak seberapa menarik nih. Kepada yang sedang bercinta, saya doakan anda cepat-cepat ke jinjang pelamin dan kepada yang ingin bercinta, tetapkan niat kita bercinta kerana Allah. Salam.
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB