Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Bicara Cinta

Hari nih saya nak berbicara tentang cinta. Mungkin kerana sekarang nih hati saya berbunga-bunga cinta kot, mungkin lah kot kan. He. Rasanya masih ramai yang masih mencari cinta suci. Alhamdulillah bagi yang dah ketemu cinta yang mereka nyatakan cinta itu adalah kerana Allah. Jadi kumpul duit banyak-banyak ya, persediaan untuk kahwin hehe.

Apa erti cinta bagi korang ya? Ceh tanya orang, apa pula erti cinta bagi saya kan? Kalau sebelum nih, bagi saya cinta itu adalah perasaan senang, suka, selesa, rindu, dan sayang terhadap seseorang. Tapi mungkin saya silap kot, sebab pengertian cinta yang saya ertikan tuh terlalu umum, maka tadi teraba-raba lah saya di google, mencari pengertian cinta. Apa ya pengertian sebenar cinta? Dan apa pula cinta kerana Allah yang sering dituturkan tuh ya?

Saya bukan insan yang arif tentang cinta. Hanya berbicara dari bacaan dan pengalaman lalu jer. Kini apa pula persepsi saya tentang cinta? Sekadar nak berkongsi dengan pembaca tersayang jer hehe. Cinta... Bercinta adalah untuk mencari redha dari-Nya. Ya **REDHA**. Kenapa pula nak mencari redha dari-Nya? Supaya kita bahagia dunia dan akhirat, amin... Dunia nih kan sementara, arah tuju kita yang sebenar ialah akhirat yang kekal abadi kan? Hidup di dunia nih untuk mendapat redha dari-Nya kan?

Jadi macam mana pula cara bercinta untuk mendapat redha dari Allah ya? Meh saya nak kongsi satu kisah yang boleh kita jadikan tauladan mungkin, sebuah pengakuan dari seorang isteri pertama bagaimana beliau menerima poligami...

" Ya, memang perkara ni sesuatu yg tidak mudah bagi wanita tapi tidak sukar diterima jika berlapang dada...pokoknya, kita di dunia ini,hanya sementara, arah tuju kita yg sebenarnya adalah akhirat, dan bekalan kita adalah amal ibadah....dan sepanjang hidup kita hanyalah mengharap REDHA Allah semata2 agar bahagia dunia akhirat."

" satu perkataan yang pendek sahaja , hanya lima huruf, R E D H A,....tapi, kalau betul kita pegang Insyallah kita akan sentiasa tenang walau ditimpa ujian seberat mana pun.... bila kita redha, kita akan terima apa pun selagi ianya tidak melanggar perintah Allah dan laranganNya"

" kalau mahu Redha Allah...kita terlebih dahulu kena redha dgn Dia...maksudnya...redha dengan apa yg Dia beri, redha dgn apa yg Dia tak beri,.termasuklah ujian......".....

"ada orang diuji dgn kemiskinan...ada orang diuji dgn kemewahan....diuji dgn keselesaan....diuji dengan macam2 bentuk ujian.....ada diuji melalui anak2...ada diuji melalui isteri...ada diuji melalui suami...ada diuji melalui rakan2..... dan Allah SWT berkuasa uji siapa yang Dia mahu..."


Apa yang dapat saya simpulkan, wanita inilah antara simbol 'cinta kerana Allah' tuh. Setuju tak?
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB