Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Kata-kata


If a man wants you, nothing can keep him away.
If he doesn't want you, nothing can make him stay.



.....Di Malam Minggu

Tiap-tiap hari dok nanti jer bila malam minggu akan tiba hehe. Ha? Nak pergi night club? Eh bukan bukan lah... Nak tunggu drama Nur Kasih kat TV3 tiap-tiap hari Jumaat jer ada pukul 9 malam huhuh. Drama baru nih sekarang baru sampai episod 5. Lagu best, jalan cerita best, pelakon pun best, scene dia pun cantik... Erm macam dah perfect jer semua kan. Bila tengok drama ni macam teringin pulak nak kahwin dulu baru bercinta hahah. Ada ke yang sudi ya?lalala wah gatal gatal hohoh.

Nih saya sertakan sekali trailer drama dia hee. Selalu terlepas tengok gak cerita nih pastu tengok online kat laman web TV3 hehe. Korang layan eh. Suka sangat lagu Nur Kasih nyanyian Yasin tuh tapi tak jumpa link nak download huhuh.


.....Update Entri Semalam

Baru perasan semalam punya entri tak habis rupanya. Jadi saya macam terajin nak buat sambungan cerita hahah.

Sambungan...

Tut..Tut..Tut... ganggang da diletak oleh pacik tadi.

Saya : Hah berapa mak kata?

Adik : Tak dapat cakap ngan mak.

Saya : Kenapa tak dapat? Line sibuk eh?

Adik : .......

Jadi saya pun telefon balik opis mak, dan pacik yang sama angkat kot kali nih. Pacik tu bagi telefon pada mak tapi sempat lagi gelak macam ada orang geletek hati dia. Lepas da cakap dengan mak letak ganggang telefon dan tanya kat adek...

Saya : Awak cakap nak cakap dengan mak ke, awak cakap nak jumpa dengan mak tadi?

Adik : Jumpa...

Saya : Lah padan lah haih.

Adik saya tuh masa zaman tadika dulu memang kurang sikit Bahasa Melayu dia. Alhamdulillah sekarang dah okay hahah. Ujian Bahasa Melayu dia yang terbaru hari tu dapat 'D' bagus kan dia. Tahu takpe.

.....Budak Tadika Manela Tahu

Mak dan ayah saya anggota polis. Tapi ayah dah pencen awal, ya pencen awal. Jadi sudah pasti ayah masih muda. Ha'ah muda...six packs nya masih maintain ya, itu petanda dia masih muda walaupun kulit kepala hampir berkilat, eh silap memang dah kilat huhuh. Jadi memandangkan ketika remaja dulu (ya sekarang sudah tidak remaja baru sedar) saya mempunyai mak dan ayah yang workaholic, maka makanan kami sudah tentulah yang dibebungkus dari kedai. Tapi untuk penjimatan yang lebih bermakna, ha kenapa bermakna? Entah saja bagi sedap ayat.

Okay sambung balik, untuk penjimatan yang lebih bermakna jadi nasi saya lah yang kena masak, memandangkan saya sahaja yang berada di rumah dan yang reti masak nasi. Masa tu adek masih menuntut ilmu di kindergarden yang kemas dan kami masih menetap dengan tegar di berek polis. Tapi pada suatu hari tu saya terlupa berapa banyak beras yang perlu digunakan maka suruh si adik lelaki telefon emak di opis untuk bertanya berapa gram beras nak guna tuk masak nasi hari tuh. Adik pun menelefon opis mak....

Trut trut... Trut trut...

Seorang pacik mengangkat panggilan aadik...

Pacik : Hello ibu pejabat polis P*** D****** boleh saya bantu?

Adek : Nak jumpa dengan koperal H*****

Pacik : Boleh, turun lah bawah

Tut..Tut..Tut... ganggang da diletak


*Sambungan cerita sila sambung sendiri, saya dah tak tahu nak update apa adeh

.....Halwa Telinga

Masa nak buat entri nih mak tengah warm up telinga saya dengan bebelan nya adeh. Jadi sempat kongsi ini jela hari nih. Suka kat dua-dua penyanyi nih, Zee Avi dan Yuna. Mula-mula dengar lagu mereka dari You Tube. Dulu Zee Avi nih yang saya tahu nama dia KokoNaina. Rupanya Zee Avi nama betul dia dan Yuna pulak awal-awal dulu ingat kan Indonesian hohoh. Nama betul dia yunanis yunalis kalau tak salah. Okay cukup-cukup nanti mak datang lagi huhu, nak sambung wat keje rumah.

Zee Avi - Honey Bee


Yuna - After Midnight

.....Sebab Kenapa Homework Tak Siap

Masa peringkat kanak-kanak dulu saya dan kakak memang nakal. Mak kata jangan keluar duduk rumah, tapi kami keluar juga senyap-senyap lepas balik sekolah huhuh. Masa tu memang seronok gila sebab ada geng, dan kakak aku bertindak sebagai ketua berkongsi kuasa dengan ketua-ketua lain yang sebaya dengan dia. Kami yang muda-muda bertindak sebagai pengikut. Aktiviti kami lepas sekolah, main galah panjang, baling selipar, main nenek tua si bongkok 3, main layang-layang, main guli, lumba basikal dan paling best sekali rollerblade hehe. Tapi rollerblade tu bukan semua ada, kitorang main kongsi-kongsi jer sorang sebelah 10 minit. Bagus kan pembahagian masa kami. Tau takpe.

Balik bermain bersiap pergi mengaji. Jalan nak ke tempat mengaji tu ada 2 jalan, satu jalan short-cut yang kene turun bukit dan bila malam memang sangat gelap tak nampak apa jalan tu, lagi satu jalan long yang tak cut yang kene lalu surau lama. Jadi masa nak pergi mengaji memang kami akan lalu jalan short-cut tuh. Selalunya kitorang akan berjanji nak pergi sesama. Masa nak balik mengaji kami akan tunggu sampai semua orang habis baru akan balik beramai-ramai dan sambil menunggu tuh memana yang dah abes tu akan main game polis entry atau lubang kancil ke apa nama dia entah. Kalau habis lambat kitorang akan lalu jalan long yang tak cut yang kena lalu surau lama, dan bila lalu situ individu yang bertindak sebagai ketua akan mula lah buka cerita hantu nak menakutkan kami. Cerita pasal dia pernah nampak benda lah ape lah, bila memasing takut semua akan bertempiaran lari balik rumah hahah.

Bila sampai rumah saya yang kepenatan dengan aktiviti satu hari yang sibuk akan terus tidur. Ya, bila masa pulak saya buat kerja sekolah ek? Ouh memang tak buat lah hohoh. Tsk kat sekolah besok mesti kena marah dengan cikgu. Adeh.


Sekarang nih dalam geng tuh ada yang dah jadi kapten, ada yang dah jadi technician, ada yang bakal guru, ada yang dah binik orang huhuh. Sangat rindu zaman kita dulu...

.....Manusia Kejam

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Pegawai polis memeriksa mayat-mayat lelaki di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong, Thailand Selatan, semalam. Serangan mengejut oleh lelaki bersenjata itu mengorbankan 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. -foto AF


BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah Cho I rong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya. (Sumber BERNAMA/dll 2MA)


.........................................................................................................

Tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Orang tak berdosa yang sedang menghadap Tuhan pun sanggup dibunuhnya, memang tak berhati perut. Kejam gila...

.....Dia Yang Buat Ku Tersenyum



Memalam layan lagu nih best gak sambil perasan macam Duta nyanyikan tuk I jer...

.....Iklan percutian

Okay hari nih nak buat iklan sikit. Nih iklan bebetul bukan memain ya.

Kepada sesiapa yang ingin berbulan madu di Port Dickson atau pun percutian bersama keluarga atau teman di Port Dickson juga atau pun sesaja nak rehatkan minda di Port Dickson juga anda boleh hubungi nombor ini untuk pertanyaan tentang sewa hotel dan bilik apartment.

Encik Din : 013-3549396
Che Dah : 014-2355095

Selain bilik hotel kalau anda inginkan apartment 2 atau 3 bilik bagi percutian keluarga dan teman-teman juga ada disediakan. Jika anda ingin menganjurkan gathering atau hari keluarga, perkhidmatan makanan dan sewa dewan juga boleh dibincangkan. Harga yang di cas adalah berpatutan.


Ini gambar bagi apartment 2 bilik


Ini pemandangan dari beranda untuk apartment 2 bilik.

Maaflah cuma ada gambar untuk apartment 2 bilik nih saja. Hoho. Harga yang ditawarkan memang berpatutan. Kalau ada pertanyaan, hubungi nombor di atas ya. Sekian. Hehe

.....Entri Kongsi Lagi

Disebabkan semalam dah berjanji nak update entri hari nih, jadi terpaksalah buat entri. Ya terpaksa, sebab dah berjanji dan nak buktikan janji Melayu boleh pakai. Apa nih merepek lagi. Tujuan entri hari nih juga sebab nak tunjuk yang saya dah pandai share video dari You Tube hohoh.



Layan okay video ini hihih.


Dan tadi melawat ke blog Misz Nurul dan terbaca entri tentang bondanya yang sedang ketagihan terhadap game Pokemon. Kalau rerasa nak baca sila klik ini. Hahah sesuka jer link. Eh suka lah. Okay cuma nak bagitahu yang mak dan ayah aku pun sedang ketagih terhadap game yang sama. Bila ada masa lapang jika anak nya tak meminta untuk disuap makanan mereka akan menghadap PC bermain game nih. Sampaikan ada satu masa tuh dorang boleh berebut PC sebab nak main game nih jadi kami anak-anak mereka yang pemurah hati nih bertolak ansur dan beri mereka gunakan PC kami. Tapi nasib baik saya nih otak bergeliga, geliga tu apa eh? Ah lupakan. Okay lah nasib baik saya pintar dan tidak simpan game tuh dalam lappy saya kalau tak nanti susahlah nak buang masa kat lappy nih hohoh. Ya saya memang pandai.
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB