Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Bukan Entri Untuk Kamu Terasa

Korang pernah tak jumpa sejenis manusia macam nih. Ya manusia ya, bila dia nampak ada tak kena dengan korang pum pang pum pang bagi ceramah. Eh bagus apa orang bagi nasihat pakej sekali ceramah nih kan. Ya ya bagus bagi kita sedar diri sikit huhu.

Tapi kan malangnya ada sesetengah dari mereka nih, bukan main nampak apa silap orang tapi bila kita tegur dia balik dibidas bidas nya selagi boleh. Saya cuma rasa agak-agaklah sikit kan, kalau dia tegur orang lain boleh, maka apa salahnya saling menegur ya tak. Kata sayang bangsa.

Dah ramai sangat dah saya tengok orang macam kat atas nih, kadang-kadang saya pun macam tuh jugak rasanya huhu. Sekarang nih kecoh isu tudung dalam dunia blogging.


Yang nih tak payah ngade nak pakai tudung dah nama jantan.


Tapi saya rasa nih isu lama, memang dah lama. Dah boleh masuk muzium dah kot heh. Bila ada blogger lelaki tegur, terasa lah masing masing yang terasa. Tapi memang tak patut kot sebab teguran tuh macam tak pakai ilmu.

Lepas tuh yang si terasa mulalah berteriak kenapa tidak menyalahkan yang pakai seksi, yang freehair menggoda lelaki? kenapa yang bertudung nak dijadikan isu? 

Yang tidak bertudung mula balas balik sekurang-kurangnya mereka tak hipokrit bertudung untuk berfesyen! 

Saya suka pakai tudung petak sebab saya rasa fesyen ni macam cute dapat sorok pipi. Salah ke???

Haha emo sendiri.

Hei hei bertudung tuh WAJIB. Menutup aurat juga WAJIB. Kalau tak pakai tudung dah tentu nampak rambut perempuan tuh oleh semua maka tak tutup aurat dah. Kalau pakai tudung tapi bonjol bonjol memang dah tentu tak tutup aurat lah, cuma tutup kulit jer betul kan kan. Eh, kenapa sendiri terasa nih? (-_-')

Bertudung dan menutup aurat tuh wajib bagi kaum hawa, samalah macam solat lima waktu jangan kita persoalkan. Jangan kita membandingkan diri dengan orang yang lebih teruk, jangan kita tunggu hidayah. Buat jelah walaupun bukan ikhlas dari hati. Sebab benda nih tuntutan agama. Kalau kita Islam seharusnya kita pegang pada al-Quran.

Ouh yang nih contohlah kan isu semasa dalam blog. Contoh mereka yang tak boleh terima teguran.

Dulu saya sendiri penah tegur seorang blogger nih. Bukanlah tegur sangat kot lebih pada ketidakpuasan hati. Meluah pada blogger tuh dengan sebuah komen tapi kene haram dari jejak blognya pulak. Macam tuh pun ada kan? Bagitau pun salah.

Cerita macam nih bukan dalam dunia siber jer, dalam dunia realiti pun ada jer. BANYAK! HAH HAH.

6 tulisan balas:

Fatehah A. berkata...

setuju dgn entri ni. bukan nak menyebelahkan sapa2. tp bile diri ditegur, kenapa mesti nak bandingkan diri dgn org lain? apa x berhak ke seseorang utk itu utk menegur atau ditegur?

org tegur bile org nmpk salah, bkn sebab saja2. mungkin cara yg digunakan x brp betul kot. huhu sy pun x berapa pandai bab tegur menegur org ni. kang org kata 'cermin diri tu dulu sebelum nk tegur org.'

isu tudung tu, haha, kadang2 sy pun pening dgn fesyen zaman sekarang. pakai tudung tp pakai skinny jeans, pakai legging (betul ke eja ni), bonggol di kepala, baju ketat. serupa tak pakai tudung kalau macam tu.

mmg lawa dr mata masyarakat yg melihat.tp terlupa ke kita yg kalau nak nampak cantik, hanya depan suami saja?

maaflah kalau komen ni melalut ke tmpt lain.hahah

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

jangan kita tunggu hidayah..

emm.
saya dah datang..
ehehe

*sgt tidak kena mengena dgn entri di atas*

Seimura berkata...

Aku sangat suka dengan entri ko ni Rai. Kita kena berlapang dada bila ditegur, bukan memberontak dan membidas tanpa ilmu. Cool je, jangan emosi. ye tak?

Peminat Katie Holmes berkata...

aku banyak kali jumpa.

Shukri Mohd Ali berkata...

ewah kak Rai cute la. hihihi.

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

Fatehah.. tq sudi setuju haha terharu kite tibe2 ade yg setuju :)

Cikgu Nur...yelah hidayah dah datang :p Terima kasih datang :)

Seimura... Eh mana blog seimura eh? Lama tak nampak. Betul lah org tegur kite terima positif jela kn xyah emosi.

Peminat KH... apa yang ko jumpa?

Shukri... Tuh bukan kak rai :p

Catat Ulasan

 
Bukan Aishwarya Rai | TNB