Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Warkah Buat Kanda

Ke hadapan kanda blog yang diingati,

Maafkan saya sebab bersikap pelupa. Hampir seminggu tidak menjenguk dan bertanyakan kabar kanda. Saya di sini memang sihat sihat sahaja. Manalah tak sihat kan melihatkan saiz pun sudah jangka. Namun begitu keadaan komputer peribadi yang tidak mengizinkan membantutkan niat saya untuk menconteng kat sini. Maaf sekali lagi. Maaf kerana tiada kertas kertas bernilai untuk membaiki komputer peribadi.

Wahai kanda blog,

Sekarang masa masa saya banyak dihabiskan di luar talian (offline). Hendak menconteng nih pun perlu bijak mencari masa yang sesuai contoh macam sekarang waktu adik bongsu tiada untuk bersolat Jumaat. Oleh kerana masa banyak dihabiskan di luar talian, saya mula mencari hobi baru. Sebagai contoh, menjahit kah kah ehem. Dan juga memasak maggie goreng.

Aduhai kanda blog yang sentiasa di ingatan,

Saya telah kehabisan idea apa lagi mahu dicoretkan di sini. Maaf sekali lagi kerana menggaggu kanda dengan tulisan yang tah hape hape ini. Semoga kanda blog sentiasa beroleh sejahtera.


Salam ingatan dari tuan mu,
Raifana yang cute :p
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB