Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Roti Jala dan Kari

Tinggal beberapa hari je lagi untuk saya berehat rehat. Oh Tuhan tak bolehkan berkursus lebih lama lagi. Eh mana boleh rai kalau asek kursus aje kau dapat gaji untuk apa? Ya ya baiklah...*tanam semangat dalam hati*

Bercerita pasal semangat, dulu semasa saya training saya ada meminati seseorang. Sekarang pun masih minat lagi sebenarnya hehe. Saya tahu sangat gatal tapi biarlah saya dah tua kot sudah masuk 25 tahun tapi masih belum ada sesiapa. Err tua rupanya dah.

Maka ketika 10 bulan training dulu selalu rasa macam dah tak larat sangat sehingga kadang kadang ada jugak rasa mahu berhenti. Lagi lagi tika minggu exam undang undang pertengahan. Pagi latihan macam biasa kot, malam nak study untuk 2 subjek esok, asrama takde api pulak. Oh Tuhan dugaan apakah itu.

Tapi nasib baik ada si dia. Si dia yang saya minat tulah. Lelaki idaman dan juga Superman 26. Ya mereka adalah individu yang sama. Walaupun tiada kata semangat dari si dia tapi dapat melihatnya pun sudah cukup untuk menyuntik semangat dalam diri.

Kemudian masuk fasa terakhir training, kami semua bersiap sedia untuk hari tamat latihan. Saya sudah tentulah masuk perbarisan. Bermula dengan detachment 8, tukar ke detachment 6. Dah lah tinggi tapi tak dapat langsung peluang berdiri barisan depan. Redha jelah saya, manusia menumpang kan.

Yang paling hadapan sekali, menghadap pentas hormat ialah kawalan kehormatan, mengiringi lelaki idaman yang membawa panji. Jeles terbit dalam hati, kenapa kawalan kehormatan cuma lelaki sahaja.

Bagai bulan jatuh ke riba, komandan pusat latihan buat keputusan mendadak mahukan kawalan kehormatan disertai wanita juga. Dalam hati berdoa sangat sangat supaya diri sendiri terpilih. Tak tahulah macam mimpi pon ada, berjaya masuk kawalan dan menjadi penanda hehe.

Masa tu memang sangat bangga walaupun terpaksa usung senjata ketika kawad. Bila semakin tak larat ketika latihan, melihat lelaki idaman yang kelihatan gagah membawa panji berjaya memberi semangat.

Dan sehingga sekarang pun dia masih adalah semangat saya. Semangat untuk saya mencurah bakti dalam bidang yang kami sama sama minat ni :)

P/s: Boleh menulis blog sambil goreng ayam. Hangus habes ayam haha.

.....Susu Lembu Celup Strawberi

Tiba tiba saya tergerak hati untuk memanfaatkan petang ini dengan sebuah entri yang kurang bermanfaat. Ya entri yang tidak bermanfaat. Macam biasalah kan macam tuan blog nih pernah melahirkan entri yang bermanfaat ya tak. Oleh kerana hari ini saya tak dapat memanfaatkan dengan baik iaitu hanya mampu menghabiskan sisa sisa hari minggu dengan hanya terbaring, makan dan menonton movie sahaja, maka pada tanggapan saya dengan menaip entri ini adalah merupakan suatu perkara yang sangat bermanfaat. Baiklah saya percaya ketika ini para pembaca telah dapat apa yang saya ingin sampaikan maka cukup cukuplah lah rai. Okey saya berhentikan tentang perkara manfaat tu di sini.

Seterusnya kita sambung dengan perenggan yang kedua kerana si penulis fikir dia telah dapat menyampaikan kepada pembaca yang dia telah manfaatkan harinya dengan membuat sebijik entri mungkin. Si penulis pada hakikatnya memang tiada motif yang pasti dan tujuan membuat entri ini kerana penulis nih memang macam tiada tujuan hidup atau memang tiada pun. Penulis pada lahiriahnya adalah seorang mangsa keadaan diri yang takde tujuan hidup walaupun masih hidup. Penulis menaip sehingga dua perenggan kerana ingin mengingatkan apa idea yang dia terfikir tadi tetapi kini penulis telah terlupa. Heh.

Dan bersyukur penulis ke hadrat Ilahi kerana apabila memasuki perenggan yng ketiga idea tadi melintas buat kali kedua di fikiran penulis. Jadi mengapakah penulis membuang masa pembaca untuk membaca sehingga perenggan yang ketiga baru berjumpa dengan isi yang penulis ingin sampaikan? Jawapannya biarlah menjadi tanda tanya. Padahal penulis memang suka melahirkan entri yang merepek memang sangat tidak senonoh malah boleh pula menggelar dirinya penulis padahal apa jer yang kau tulis Rai oii..

Sebenarnya saya pelik, selama setahun saya menghilang, ada yang tak perasan pun dan mana yang perasan memanglah manusia yang cukup concern tentang saya. Ada yang bertanya adakah saya telah berkahwin kerana telah lama tak kelihatan. Eh tidak, saya masih single tanpa teman lelaki janganlah menjatuhkan saham saya. Ececeh takut kau ek rai takde orang nak. Setahun saya tidak hilang masih di sini meneruskan perjuangan untuk beroleh kerjaya idaman. Dan kini telah beroleh kerjaya yang diidam dalam bahagian yang juga diidami, namun begitu masih belum berjaya mendapatkan lelaki idaman. Belum berjaya mendapatkan? Adakah anda telah menemui lelaki idaman anda rai? Ehehe...nampaknya begitulah.

Lelaki idaman mungkin dalam perjuangannya sendiri, dan perempuan yang tidak tahu malu mengidam ini mendoakan semoga lelaki idaman sentiasa dilindungi-Nya. Penulis pun tidak tahu sejak bila perempuan yang mengidam ini sangat jiwang dan kemaruk iskh iskh. Kepada pembaca sila jangan kutuk perempuan mengidam ini, kasihan penulis melihatnya dah angau terhadap lelaki idaman nampaknya. Perempuan mengidam ini beritahu penulis dia tidak mahukan apa apa, cuma dia mengharapkan lelaki idaman akan sentiasa beroleh kebahagiaan kerana perempuan mengidam adalah bahagia melihat lelaki idaman bahagia =)

Oleh sebab penulis merasakan adalah suatu tindakan yang cukup wajar untuk menamatkan entri geli ini, penulis ingin mengucapkan sayonara dan semoga jumpa lagi. Buat lelaki idaman, Superman 26, semoga kamu bahagia selalu di sana dalam mengejar impian kamu =*)

Ouh lupa saya nak pesan, budak kecik sila jangan baca entri nih.

.....Ucapan Selamat Tahun Baru Yang Ketinggalan

Memang dah sangat lewat kan kalau nak buat ucapan selamat tahun baru 2012 sekarang. Dah nak masuk bulan yang kedua dah pon hoh hoh. Tapi nak buat macam mana, penulis blog nih dah memang manusia ketinggalan zaman. Mana tak ketinggalan, selalu tulis tarikh tapi tersalah tahun, terletak tahun 2011 heh.Jadi pembaca sekalian terima jelah dengan hati yang redha ya penulis yang outdated nih.

Status saya sekarang bukan lagi seorang pelatih. Dah tukar dah status menjadi pekerja yang Insyaallah akan komited melakukan tanggungjawabnya. Sebab tu blog nih makin tebal sawang dia sampai dah macam berlangsir. Sebab saya sibuk dengan tugas (Agaknya lah). Tugas apa saya sendiri pun tak tahu hoh hoh.

Waktu bergelar pelatih macam macam yang saya lalu. Memang sangat stress. Masalah rambut gugur, masalah sembelit sebab tekanan perasaan yang kritikal. Masa tuh rasa yakin, memang akan bakal ada pegawai polis gila heh. Ketika tu dah takde tempat nak mengadu gelodak jiwa hati yang terjadi. Yang ada hanya kawan kawan. Merekalah keluarga saya. Kesian dorang terpaksa menjadi tempat saya meluah perasaan. Nak harapkan boyfriend boyfriend heh memang saya tak punya satu pon.

Tapi tak sangka zaman tuh dah berlalu. Rasa macam baru sangat saya melapor diri pada 1 Mac tahun lepas. Sekarang tengah mengira masa untuk melapor diri di tempat posting baru saya pulak, di Teluk Intan. Tak lame lagi jadi warga Perak ler saya (harap kali nih cita-cita nak berboyfriend akan jadi kenyataan keh keh). Rasa berdebar-debar, macam mana lah keadaan saya kat sana nanti. Memikul tangungjawab sebagai seorang pegawai penyiasat :s. Sekarang nih tengah mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya di dada. Selalu bermain di fikiran saya, kata-kata seorang IO wanita dari Dang Wangi bila dia dapat tahu kami juga bakal IO 'Welcome to the hell'... Erk?

Walaubagaimanapun saya akan tanamkan semangat dan kuatkan tekad untuk hadapi apa jua pancaroba yang mendatang. Saya berharap anda anda semua, pembaca yang saya sayangi akan mendoakan supaya dipermudahkan segalanya bagi saya dan ditunjukkan jalan bagi setiap permasalahan yang saya bakal jumpa nanti. Untuk warga Teluk Intan, see you this february :) eceh dah macam ayat artis.


Me and amirah, teman yang setia mendengar, meneman, menunggu dan melayan saya :')

.....Ada beberapa benda saya RINDU

Pertama yang saya rindu.. Keluarga saya...

Kedua, saya rindu rakan-rakan uni...

Ketiga saya rindukan blog nih dan pembacanya...

Dan yang paling saya rindukan Superman 26 saya.... :*)
Agak agak dia rindu kat saya tak? Keh Keh memang lah saya bermimpi.




.....Now Playing

Camelia - Rindu Padanya...


Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku

Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hati seringkali merindu
Tak dapat aku melupakan dirinya
Terbayang wajahnya di mataku

Ingin kutanya namanya tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah di lamun cinta
Oh hatiku resah selalu

Haruskah daku menyatakan perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Kubagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar di setiap ketika

Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain di ingatan
Oh tuhan kurindu padanya

P/s: By now, sesiapa yang membaca, saya sekarang telah di dalam pusat latihan, tanpa internet, tanpa henfon tapi dekat dengan si dia kah kah. :) Pray for me..

.....Petanda Anda Telah Jatuh.....

Bila sehari tak nampak, takde mood nak buat apa-apa... 

Daripada lari 2.4 kilometer tak pernah larat tapi jadi tak penat sebab lari sama-sama..

Bila mulut tak lekang menyebut nama...

Bila hati rasa berdebar kalau bertentang mata..

Bila senyum tak lekang dari bibir akibat terlihatnya...

Bila selalu saja perasan akan kehadirannya..

Kalau seribu manusia pun depan kita, tapi hanya nampak si dia...


_______ Bertambah parah bila ________

Orang sekeliling semakin menyebut namanya..

Kita pun sekali dok sebut sama..

Rakan terdekat menyokong kita..

Dan mereka semakin menyokong lagi kita..

Dah ada yang menegur ada iras rupa..

dan whatever lagilah yang buat kita perasan lebih jer.

....................................................................................Semua ni petanda sudah jatuh suka ke?

.....Jeng Jeng Jeng

Hai hai saya kembali hehe.

Eh lupa.. Assalamualaikum semua.
Ehem. Apa saya nak tulis tah tadi. Hurm lama dah kan saya menghilang agak agak ada tak yang rindu? Semalam saya dah tamatkan pengunaan jalur lebar. Yelah tak guna pun kena bayar baik I stop terus. Tak perlu bayar apa-apa pon.

Cerita pasal training erm training tak sempat start dah dilanda wabak. Bunyi macam menakutkan jer, padahal kitorang dalam tuh sangat lah rilek dan enjoy saje no prolemo untill lah berlaku kematian. Takziah buat keluarga arwah. Masa tuh semangat dah berkurang, moral down, macam macam lah rasa, lagi lagi bila tak dapat berhubung dengan keluarga. Medium perhubungan dengan family hanyalah surat jer. Alhamdulillah ada kawan kawan.

Bila tau bakal dapat cuti, nak fitik, kawad air, sentri, makan, tido, terus bersemangat hahah.

First time nampak ayah, rasa berbunga bunga macam dah bertahun tak jumpa padahal baru sebulan. Rindunya. Rindu sangat kat keluarga. Rindu jugak kat boyfriend tapi masalahnya wujud ke si boyfriend I tuh kan heh.

Saya baru pelatih, mengaku pun sendiri pelatih tapi bila orang panggil I pelatih terasa terhina sangat sangat. Apedah. Selalu kena maki, ketuk ketampi lah. Malu tapi nasib baik pakai mask. So I tak kesah sangat orang tak kenal pon.

Sebulan dalam tuh, mak kata cakap pon ada ketegasan eceh. Tidur pun awal jer pukul 10 sudah off light. Bangun subuh sambung balik tidur hehe. Sebulan dalam tuh, dapat balik bentuk badan idaman yang nih paling saya suka :D. Dan sebulan dalam tuh, I jadi semakin sensitif bila ada yang mengutuk polis (-_-').

Maka, dilarang ya kutuk kutuk polis kat dalam nih. Nanti tuan blog nih terasa :p

Dan dalam sebulan nih juga telah berjaya meyakinkan saya memang ini lah dia jalan saya.
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB