Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Moooo0

Si pengembala membelai lembunya


Comelkan saya:D


Lembu pun pandai senyum:) Ke gelak?

Sabtu lepas melawat rumah pakcik kat Melaka. Lokasi tak ingat katne tapi dekat-dekat dengan Pengkalan Balak. Pakcik bela lembu 3 ekor, dan dah tambah satu anak lembu. Seronok ouh bermesra-mesra dengan lembu. Lembu pakcik sangat jinak. Pasni boleh la bela lembu. Nak mintak ayah buat kandang belakang rumah. Lain kali boleh ke pekan menaiki lembu saja ;). Jimat minyak hee.

.....MIKHAIL..

Okay sok dah nak balik uni. Kepada si manis yang berani sila sambut saya dengan bilik yang indah yer hohoh. Erk slide tak siap lagi bagaimana nak tunjukkan pada Dr esok pagi.. Besok bakal memandu sendiri ke uni tak sangka ayah bagi kebenaran. Ouh MIKHAIL..dah habis baca. Entah kenapa karangan Ramlee Awang Murshid kali ni tak sehebat novel yang lalu. Aku agak kecewa... Boleh bayangkan tak mula-mula datang penghantar pos laju ke pejabat tapi bagi kotak pizza? Kenapa cerita dia macam tak selari. Editor tak buat kerja ke? Gaya penulisan pun rasa macam canggung semacam.. Ke perasaan aku jer? Entahla. Walaupun jalan cerita agak menarik tapi aku tetap kecewa, tak macam aku harapkan. Okay lah nak selit jugak gambar kucing aku yang menggedik.:D


Mengada-ngada kan


.....Malaikat dan Syaitan

Lokasi bertempat di ruang tamu rumah di PD..

Ya sekarang saya telah berada di taman halaman (oleh kerana tidak begitu sesuai dipanggil kampung). Cuti semester sudah bermula tetapi masih bukan cuti yang sebenar sebab ada 1 lagi yang belum habis lagi. Jadi bila lagi saya hendak memulakan kerja terakhir itu ya? Itu saya pun kurang pasti. Tarikhnya dah dekat sangat nih...huhu

Lepas saja minggu peperiksaan saya sudah mula berpoya-poya (perkataan dari Zahida, si Manis yang berani). Berpoya-poya bukan bermaksud keluar dengan lelaki berlainan setiap hari atau keluar ke tempat-tempat yang boleh mengurangkan pahala dan meningkatkan yang sebaliknya berpoya di sini bermaksud keluar mengurangkan tekanan memandangkan di bilik masih penuh dengan nota-nota dan buku yang boleh menambahkan tekanan, maka sebab itu kena keluar walaupun hanya ke pasaraya Bintang.

Memandangkan telah keluar berpoya-poya, beberapa cenderamata haruslah dibawa balik untuk diri sendiri dan kalau bermurah hati untuk adik di taman halaman. Sebuah novel oleh Dan Brown dibawa pulang apabila tindakan untuk meminjam pada rakan tidak berjaya kerana novel rakan telah dipinjamkan pada insan lain..Tsk. Dengan duit yang berbekas tidak beberapa banyak dan setelah mengorek kocek-kocek seluar dan tabung maka sejumlah wang berjaya dikumpul untuk membeli novel tersebut. Novel bertajuk 'Angels & Demons' merupakan karya Dan Brown. Buku ni pun bukan je baru keluar tapi dah lama dah. Cuma sekarang diorang dah filemkan. Cerita dia saya belum tonton lagi tapi novel dia telah berjaya dikhatamkan heee.

Novel ni bagi saya memang sangat best. Tak rasa rugi ah beli sebab baru sedar rupanya banyak benda yang saya masih belum tahu huhu. Tapi tanak la cerita apa kandungan dia kat sini sebab rasanya ramai pun da baca.

::sepi itu indah::

.....Kampung yang indah

Haha takde entri baru pun. Nanti lah bila rasa macam terajin aku buat entri baru walaupun aku jer sorang baca hohoh. Ayat sadis jer.
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB