Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Warkah Buat Kanda

Ke hadapan kanda blog yang diingati,

Maafkan saya sebab bersikap pelupa. Hampir seminggu tidak menjenguk dan bertanyakan kabar kanda. Saya di sini memang sihat sihat sahaja. Manalah tak sihat kan melihatkan saiz pun sudah jangka. Namun begitu keadaan komputer peribadi yang tidak mengizinkan membantutkan niat saya untuk menconteng kat sini. Maaf sekali lagi. Maaf kerana tiada kertas kertas bernilai untuk membaiki komputer peribadi.

Wahai kanda blog,

Sekarang masa masa saya banyak dihabiskan di luar talian (offline). Hendak menconteng nih pun perlu bijak mencari masa yang sesuai contoh macam sekarang waktu adik bongsu tiada untuk bersolat Jumaat. Oleh kerana masa banyak dihabiskan di luar talian, saya mula mencari hobi baru. Sebagai contoh, menjahit kah kah ehem. Dan juga memasak maggie goreng.

Aduhai kanda blog yang sentiasa di ingatan,

Saya telah kehabisan idea apa lagi mahu dicoretkan di sini. Maaf sekali lagi kerana menggaggu kanda dengan tulisan yang tah hape hape ini. Semoga kanda blog sentiasa beroleh sejahtera.


Salam ingatan dari tuan mu,
Raifana yang cute :p

.....Bicara Cinta

Hari nih saya nak berbicara tentang cinta. Mungkin kerana sekarang nih hati saya berbunga-bunga cinta kot, mungkin lah kot kan. He. Rasanya masih ramai yang masih mencari cinta suci. Alhamdulillah bagi yang dah ketemu cinta yang mereka nyatakan cinta itu adalah kerana Allah. Jadi kumpul duit banyak-banyak ya, persediaan untuk kahwin hehe.

Apa erti cinta bagi korang ya? Ceh tanya orang, apa pula erti cinta bagi saya kan? Kalau sebelum nih, bagi saya cinta itu adalah perasaan senang, suka, selesa, rindu, dan sayang terhadap seseorang. Tapi mungkin saya silap kot, sebab pengertian cinta yang saya ertikan tuh terlalu umum, maka tadi teraba-raba lah saya di google, mencari pengertian cinta. Apa ya pengertian sebenar cinta? Dan apa pula cinta kerana Allah yang sering dituturkan tuh ya?

Saya bukan insan yang arif tentang cinta. Hanya berbicara dari bacaan dan pengalaman lalu jer. Kini apa pula persepsi saya tentang cinta? Sekadar nak berkongsi dengan pembaca tersayang jer hehe. Cinta... Bercinta adalah untuk mencari redha dari-Nya. Ya **REDHA**. Kenapa pula nak mencari redha dari-Nya? Supaya kita bahagia dunia dan akhirat, amin... Dunia nih kan sementara, arah tuju kita yang sebenar ialah akhirat yang kekal abadi kan? Hidup di dunia nih untuk mendapat redha dari-Nya kan?

Jadi macam mana pula cara bercinta untuk mendapat redha dari Allah ya? Meh saya nak kongsi satu kisah yang boleh kita jadikan tauladan mungkin, sebuah pengakuan dari seorang isteri pertama bagaimana beliau menerima poligami...

" Ya, memang perkara ni sesuatu yg tidak mudah bagi wanita tapi tidak sukar diterima jika berlapang dada...pokoknya, kita di dunia ini,hanya sementara, arah tuju kita yg sebenarnya adalah akhirat, dan bekalan kita adalah amal ibadah....dan sepanjang hidup kita hanyalah mengharap REDHA Allah semata2 agar bahagia dunia akhirat."

" satu perkataan yang pendek sahaja , hanya lima huruf, R E D H A,....tapi, kalau betul kita pegang Insyallah kita akan sentiasa tenang walau ditimpa ujian seberat mana pun.... bila kita redha, kita akan terima apa pun selagi ianya tidak melanggar perintah Allah dan laranganNya"

" kalau mahu Redha Allah...kita terlebih dahulu kena redha dgn Dia...maksudnya...redha dengan apa yg Dia beri, redha dgn apa yg Dia tak beri,.termasuklah ujian......".....

"ada orang diuji dgn kemiskinan...ada orang diuji dgn kemewahan....diuji dgn keselesaan....diuji dengan macam2 bentuk ujian.....ada diuji melalui anak2...ada diuji melalui isteri...ada diuji melalui suami...ada diuji melalui rakan2..... dan Allah SWT berkuasa uji siapa yang Dia mahu..."


Apa yang dapat saya simpulkan, wanita inilah antara simbol 'cinta kerana Allah' tuh. Setuju tak?

.....Cryptography


H AZQT RSZQS AZBZ CDBDOSHNM ONHMS.

NM SGD VZX SN AD Z ANNJ VNQL. GD





*Ada siapa-siapa faham tak?:D

.....Lagu Hari Ahad



Jom sambil sambil layan lagu hehe.
Lagu Sheila On 7, Alasanku :D

.....Pacik Rapid Yang Garang

Tahu tak apa yang paling seronok?
Bila berpenat lelah menaiki pengangkutan awam dan tiba di rumah dah tersedia makanan untuk perut yang tengah lapar nih.

Betullah bak kata pepatah tu, Rumahku Syurgaku..
Lalala malam ni boleh tengok Nur Kasih dengan selesa ditemani kaum keluarga tersayang..erm sangat heaven.

p/s: Kakak saya tengah bercuti dari latihan tentera dia selama seminggu sebab ada kes H1N1 kat kem dia. Cukup dah column hehe.

.....Apa Yang Baru?

Manusia boleh berubah, tapi hanya dirinya sendiri sahaja yang boleh mengubahnya bukan orang lain. Kalau bercinta jangan harapkan pasangan kita berubah, tapi kita lah yang kena sesuaikan diri kita dengannya, dengan maksud lain kita yang ubah diri kita untuknya. Kalau tak sanggup berubah maka jangan harung ombak tu kan.

Bila hendak melakukan perubahan, biarlah perubahan tu ke arah yang lebih baik bukan ke arah yang lebih negatif supaya nanti kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik. Terima perubahan diri dengan positif, itu kuncinya.

Kalau difikirkan benda yang sama kita buat setiap hari, macam tiada perubahan tapi kita dah mula memikirkan untuk melakukan perubahan, jadi kenapa tak ambil jer risiko tu kan. Bukan orang lain yang boleh ubah bagaimana kita esok, hanya diri kita saja yang boleh tentukan siapa kita kelak.

.....Seminggu

Diam bukan bermakna kita marah
Diam mungkin kerana ligat berfikir

Kata cikgu diam-diam ubi berisi
Berisi tu mendalam kan maksudnya

Bising tak bermakna kita marah
Tapi bising itu mungkin akan mengganggu yang lain

Kan lebih baik bersikap diam dan tenang
Banyak lagi cara lain kalau hendak menelampiaskan amarah
Kan?
 
Bukan Aishwarya Rai | TNB