Subscribe News Feed Subscribe Comments

.....Patah Hati??

Anda patah hati kerana putus cinta dari hubungan yang telah lama terjalin atau atas sebab cinta anda ditolak? Kenapa susah-susah saya kan ada keke. Okay tak tak tipu jer. Tiba-tiba teringin nak berblog tentang cara mengubat hati yang terluka chewah.

Nak kata aku nih punya pengalaman yang banyak pasal hal-hal sakit hati kerana putus cinta nih takdela. Eh tak ngaku pulak padahal cintaku selalu saja ditolak huhuh. Baiklah jadi di sini nak ceritalah sikit-sikit macam mana nak mengharungi perasaan yang gundah gulana diubat guna-guna eh eh takde kaitan.

  1. Jangan fikir-fikir mendalam sangat bagai nak menyelesaikan soalan y=mx+c ape kejadah nya aku pun tak tahu.Tak payah la nak pikir-pikir sangat la kan. Memangla sedih tapi janganlah fikir macam kalau si bekas kekasih tahu yang kamu tu sedih sangat-sangat sebab perhubungan yang dah berakhir dia akan kembali kepada kamu ke apa. Takdenye kan. Dia bahagia dan kau menonggeng macam da seminggu tak berak apa neraka!
  2. Jauhkan diri dari bekas kekasih. Okay yang ini mesti dan patut dan wajib sekali. Jangan buat sebarang contact email ke, mesej di friendster ke, telefon juga tidak dibenarkan, JANGAN JANGAN JANGAN buat sebarang contact dah. Ya walaupun anda break up secara baik sekali pun dan ending sebagai kawan tapi selagi anda rasa anda nak dekati si bekas kekasih dengan niat yang dia dan kamu akan kembali seperti dulu JANGAN lah buat sebarang perhubungan dalam bentuk apa-apa pun. Just keep your distance kay. OKAY? bagus.hehe
  3. Kemudian, terimalah dengan redha. Betul memang bukan jodoh anda ya ya. Tapi anda boleh menangis. Nangis la banyak mana pun. Ya kalau anda lelaki sila menangis dalam bilik stor kalau taknak orang lain nampak kemudian bila ditanya mata yang merah anda boleh kata mata anda masuk habuk akibat membersihkan stor. Manusia dilahirkan dengan perasaan. Masa anda lahir pun anda nangis gak, kalau tak nangis doktor pok punggung supaya menangis. Manja sungguh doktor itu mempok pok punggung kan kan. keke.
  4. Buat nota kaki kenapa si dia bukan untuk anda. Kalau nak buat nota mulut , telinga dan sebagainya pun boleh terpulang kepada anda asal anda bahagia keke. Buat satu list kenapa si dia bukan untuk anda. Maknanya tulis jela apa-apa jer pun, bukan untuk benci si dia ke atau apa-apa tapi dengan cara ni mungkin dapat membuka mata anda sedikit sebanyak untuk melupakan si dia and go on with your life. Contohnya ; S selalu kantoikan kat kawan-kawan yang aku kuat kentut dan membuatkan aku malu untuk berjumpa kawan selama seminggu atau apa-apa saja.
  5. Fikir positif dan jangan lihat belakang bukan kerana ada hantu atau saka yer. Bagitau diri kita yang kita dah buat yang terbaik dalam perhubungan dan jangan la dok cakap kalau saya buat macam ni, kalau lah saya buat macam tu...tak anda dah buat yang terbaik. Cuma seperti yang anda kata, kamu berdua tidak dijodohkan untuk bersama.

Ada banyak tip-tip untuk anda atasi perasaan sedih berair mata macam bila aku melayan lagu Pudar oleh Dewa tuh. Tapi anda janganlah tersengaja atau tidak membuat kesilapan dengan menghubungi si kumbang atau bunga yang lain yang anda tahu dah berzaman mereka nih menyimpan perasaan pada anda itu unfair okei please jangan jangan. Tak adil pada mereka dan juga pada kamu. Anda bukan benar-benar punya perasaan pada mereka anda cuma dan hanya mahu menjadikan mereka sebagai panadol apabila anda sakit kepala yang mana nanti mereka akan jadi mangsa.. Ubat dahulu hati kamu, dan tenangkan diri.

Dan kalau anda yang menjadi pihak yang ditinggalkan dalam hubungan tuh, janganlah anda kejar ex anda tuh kemudian bertanya soalan-soalan kenapa anda kena tinggal, apa salah anda dan cuba meyakinkan si dia yang anda akan cuba baiki balik hubungan jangan please jangan....

Dan setiap hari, cari apa-apa yang akan membuatkan anda tersenyum. Jujurnya aku akan senyum bila tengok baby keke. Tengok baby suatu terapi you know.


 
Bukan Aishwarya Rai | TNB